Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Janna Hadiah Ibu Kereta...

PELAKON Janna Nick membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz CLA...

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perincian kenaikan gaji...

Syed Saddiq Sifatkan Tony...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PPBM dan anggota Parlimen baharu Muar, Syed Saddiq...

Polis Tunggu Laporan DNA...

Sepang : Polis masih menunggu laporan proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi...

NGO Bantah Konvensyen Warga Felda Pembangkang

SHAH ALAM – Sekumpulan anggota sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Felda hari ini berhimpun secara aman di perkarangan pintu utama ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai membantah Konvensyen Warga Felda anjuran pembangkang.

Wakil NGO itu, Datuk Amizar Abu Adam berkata bantahan itu dibuat kerana pihaknya merasakan konvensyen tersebut adalah permainan politik pembangkang yang bertujuan meraih simpati peneroka Felda.

“Zaman orang Felda susah, apa yang pembangkang buat? Hanya melihat sahaja tetapi hari ini pula berpura-pura menyokong Felda.

“Ini kemungkinan kerana Felda adalah kekuatan orang Melayu untuk mereka meraih undi (dalam Pilihan Raya Umum akan datang),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perhimpunan itu, di sini hari ini.

Kira-kira 30 anggota NGO menyertai perhimpunan itu sebagai membantah konvensyen berkenaan yang sedang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.


Konvensyen bertajuk ‘Kelangsungan Felda Melalui Pengupayaan dan Pendidikan’ itu bermula pada 9 pagi hingga 5 petang ini dan turut disertai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Amizar berkata pihaknya turut melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan Tun Dr. Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri yang bersekongkol dengan pembangkang memburukkan Felda. – BERNAMA

Kategori