Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sembilan Dicekup Dalam Parti...

SEMBILAN orang ditahan di sebuah rumah di Taman Suria Muafakat, Johor Bahru selepas...

Didakwa Senda Jong-hyun, Sakinah...

TERDAHULU pelakon jelita, Sharifah Sakinah teruk menerima kecaman apabila jenaka spontan yang dibuat...

Kaki Jadi Reput Umpama...

VENEZUELA – Gambar yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah...

KLIA Melangkaui Sasaran Kualiti...

KUALAL LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melangkaui sasaran kualiti perkhidmatan pada...

Nombor Telefon Iklan Ah Long Tak Daftar Ikut Prosedur

IPOH – Kebanyakan pemilik nombor telefon yang tertera pada ‘banner’ pinjaman wang tanpa lesen atau ah long di Perak tidak didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran yang betul, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Lee Ewe Kiang.

Beliau berkata kebanyakan pendaftaran pemilik nombor telefon langsung tiada kaitan dengan ah long, malah terdapat antaranya terdiri daripada penagih, pendatang asing serta identiti yang tidak dikenal pasti.

“Ada pihak yang mempersoalkan kenapa kami (polis) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik nombor telefon yang tertera pada banner.

“Saya menegaskan pihak kami telah membuat semakan serta risikan dan mendapati nombor-nombor itu tidak didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran yang betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lee berkata polis Perak memandang serius isu ah long terutama yang menggantung banner di kawasan perumahan dengan membuat pemantauan berterusan selain tangkapan.

Katanya sepanjang tahun lalu, polis Perak menerima sebanyak 194 aduan berkaitan ah long dan daripada jumlah itu, 117 tangkapan dibuat dengan empat daripadanya ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).


“Sepanjang tahun ini pula sebanyak 30 aduan diterima dengan 10 tangkapan telah dibuat dan kami mempunyai empat lagi sasaran untuk diambil tindakan di bawah POCA,” katanya.

Beliau berkata polis turut menjalankan operasi bersepadu menurunkan banner dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan sepanjang tahun ini sebanyak tiga operasi telah dijalankan.

Lee dalam pada itu menasihati masyarakat supaya tidak mudah tertarik dan terpedaya dengan cara mudah mendapatkan pinjaman yang ditawarkan oleh ah long kerana mereka mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi.

“Jika bayaran tidak dilunaskan seperti yang dikehendaki, peminjam dan ahli keluarga akan berdepan ugutan dan dicederakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori