Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Instagram Kena Hack, Emma...

LAMAN sosial selebriti dan instafamous digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dilihat semakin menjadi-jadi...

Mata Sepet Punca Pasport...

WELLINGTON - Richard Lee merupakan lelaki berketurunan Asia yang sudah lama menetap di...

Penolong Pemungut Hasil Tanah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan seorang Penolong Pemungut...

Nga Kor Ming Tiada...

TELUK INTAN - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata...

Nyanyian Masa Ulangkaji Pun Dapat Lebih 13K RT

LAMAN mikro Twitter sensasi dengan rakaman video seorang siswa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Pasir Gudang, Johor menyanyi ketika sedang sibuk mengulang kaji.

Klip berdurasi selama satu minit itu dikongsi oleh pengguna Twitter Akmal Ariff @akmaaaaalll yang direkod secara ‘curi-curi’ ketika teman sebiliknya sedang mengulang kaji sambil menyanyi.

Menerusi video yang tersebar itu, Akmal turut menyatakan kapsyen berbunyi berikut “Tak payah install spotify pun tak pe, member nyanyi pun dah sedap gini. Retweet untuk panjangkan rezeki member ni.”

Siswa Nyanyi Ketika Ulangkaji Tular Di Twitter

Menerusi pencarian di laman Twitter, siswa berkenaan dikenali sebagai Muaz Safuan @mzsfn itu mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan NewBoyz iaitu Sejarah Mungkin Berulang sekitar era 1990-an.

Nampaknya kemerduan suara siswa berkenaan berjaya meraih lebih 13 ribu Retweet (RT) dan 8 ribu tanda likes menerusi laman sosial itu.

Kami yakin jumlah RT dan Likes berkenaan akan terus meningkat dalam beberapa hari lagi.


Kalau kita dengar suara pelajar berkenaan, kita boleh cakap memang sedap.

Beruntung la kalau kawan sebilik suara camni, tapi kalau yang suara seru katak (hujan pun tak lepas lagi) tapi memanjang nak tunjuk bakat, tanggung aje la sepanjang semester yea.

Baca: Suara Bomba Ini Sebijik Saleem! Rupa-Rupanya…

Baca: Anak Saleem Iklim Tiada Niat Raih Populariti

Siswa Nyanyi Ketika Ulangkaji Tular Di Twitter

Siapa tahu dengan sensasinya klip ini, siswa berkenaan berpeluang menjadi sebahagian daripada penghibur tempatan seperti yang terjadi kepada beberapa artis sedia ada seperti Khai Bahar, Najwa Latif dan ramai lagi yang bakat mereka dicungkil daripada media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori