Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Sistem Parol Kurangkan Kes...

BALING - Pelaksanaan sistem parol akan diteruskan kerana ia mampu mengurangkan kes banduan...

5,392 Warga Asing Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,392 warga asing kini berada di pusat tahanan di...

PRN Johor: Ahmad Zahid...

JOHOR BAHRU : Memasuki hari ketiga pembubaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor,...

Anwar Dibawa Ke Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar...

OPCW Sedia Bantu Malaysia Siasat Agen Saraf VX

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan pertubuhan antarabangsa lain bagi membawa pelaku ke muka pengadilan dalam siasatan penggunaan bahan kimia agen saraf VX dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam.

Kementerian Luar, dalam kenyataan hari ini, berkata OPCW telah memberikan beberapa bahan teknikal seperti dipohon oleh pihak berkuasa Malaysia dalam membantu siasatan kes tersebut.

“OPCW turut menyatakan komitmennya untuk terus memberi bantuan seperti yang diperlukan,” katanya.

Kementerian itu menegaskan bahawa Malaysia mematuhi undang-undang di bawah Jadual 1, Konvensyen Larangan Pdembangunan, Penghasilan, Penyimpanan dan Penggunaan Senjata Kimia Bagi Tujuan Kemusnahan (CWC) 1997 dan Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005.

“Malaysia tidak menghasilkan, mempunyai simpanan stok, mengimport, mengeksport atau menggunakan mana-mana bahan kimia toksik termasuk VX yang disenaraikan dalam jadual 1 CWC,” katanya.

Justeru, kementerian itu mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia tersebut oleh sesiapa sahaja, di mana-mana dan dalam apa jua keadaan.

Bahan kima ‘Ethyl S-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate’ or agen saraf VX dipercayai digunakan dalam pembunuhan Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) pada 13 Feb lepas.


Dalam kejadian itu, Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, KimJong-un, dihampiri oleh dua wanita asing yang dikatakan telah menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam meninggalkan dunia semasa perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam pada Rabu lepas dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membunuh Jong-nam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori