Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fujifilm Sasar Ganda Perolehan...

SHAH ALAM - Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menyasar untuk menggandakan perolehannya daripada RM250...

Nizar! Agama Bukan Sepatu...

KALAU semua perkara yang tidak menguntungkan dianggap bala, sampai bila pun kita tidak...

COVID-19: PKP Fasa Pertama...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilihat menunjukkan kejayaan selepas...

Mekanisme GST Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mekanisme Cukai Barang dan...

Operasi Ah Long Baru Mula Bertapak Tumpas

KUANTAN – Polis berjaya menumpaskan kegiatan ah long yang dipercayai baru beroperasi tahun ini, dengan tertangkapnya dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun pada minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata kedua-dua suspek ditahan dalam Op Vulture di hadapan restoran makanan segera di Taman Tasik Abu Bakar Pekan dekat sini, pada 11.45 pagi, Khamis lalu.

Turut dirampas pada serbuan itu ialah sebuah kereta jenis Honda City, telefon bimbit (6), rantai besi (4), ibu kunci beserta anak kunci (4) dan banner iklan pinjaman wang (60), katanya.

Susulan tangkapan itu, pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah di Lorong Bukit Setongkol Maju 17, Bukit Setongkol di sini, yang menemui 15,800 keping lagi banner serupa.

“Suspek disyaki terlibat dalam aktiviti memberi pinjaman wang tidak berlesen sekitar awal Januari ini di Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Pekan. Mereka dipercayai telah memberi pinjaman kepada 10 mangsa berdasarkan senarai pada telefon bimbit yang dirampas.

“Peminjam terdiri daripada mereka yang berpendapatan tetap dan peniaga pasar malam dengan jumlah antara RM500 hingga RM10,000 bergantung kepada kelayakan dengan faedah sebanyak 30 peratus yang dikira secara mingguan,” katanya pada sidang media di IPK di sini, hari ini.


Mohd Wazir berkata polis menerima aduan daripada enam orang mangsa suspek yang mendakwa sering diganggu oleh mereka.

Polis juga tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek yang berasal dari Bentong, adalah serpihan daripada kumpulan ah long lain ekoran usia mereka yang muda, katanya.

Beliau juga mengesahkan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Mohd Wazir berkata kedua-dua suspek juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan dan Temerloh hari ini mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori