Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Buat Bahan Letupan...

NIBONG TEBAL - Polis menahan seorang lelaki dan merampas empat batang paip polivinil...

Anak Perempuan Najib Nikah...

PUTRAJAYA - Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin...

Muhyiddin Petik Nama 3...

KUALA LUMPUR - Jika Perutusan Khas terdahulu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Ungkapan ‘Done’ Selepas Masak...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, tidak menyangka ungkapan spontan ‘done’...

Operasi SAR Mangsa Bot Karam Sabah Diteruskan

KOTA KINABALU – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan Sabah, belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-34 hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian masih meliputi perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.

“Operasi pencarian melibatkan lapan aset iaitu tiga milik APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (satu), Pasukan Polis Marin (tiga) dan satu aset milik agensi keselamatan Brunei,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.


Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut. – BERNAMA

Kategori