Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Curi Wang Tabung...

Kuala Lipis - Sepasang kekasih yang merancang berkahwin pada Mei tahun depan diberkas...

MRT3 Berharga RM50.2B, Hampir...

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini diberitahu, projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3)...

Shell Jamin Tiada Gangguan...

SHAH ALAM - Shell Malaysia memberi jaminan tidak akan ada gangguan bekalan minyak...

SKMM Sentiasa Berunding Sekat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa membuat perundingan dengan...

Ozil Tak Percaya Khabar Angin Bakal ‘Dijual’ Wenger

PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil tidak mempercayai khabar angin bahawa beliau akan ‘dijual’ oleh pengurusnya, Arsene Wenger.

Sebaliknya, beliau menegaskan masih selesa di kelab utara London itu dan akan membuat keputusan berhubung masa depannya berikutan kontraknya akan berakhir akhir musim depan.

Wenger pada minggu lalu memberitahu bahawa rundingan kontrak bersama pemain utama, Ozil termasuk penyerang, Alexis Sanchez ditangguhkan dahulu sehingga akhir musim ini.

“Adakah anda fikir Arsene Wenger beritahu pemberita (mengenai masa depan saya) sebelum dia beritahu saya? Saya kenal dia, dia tidak akan melakukannya,” kata Ozil kepada akhbar Jerman, Die Welt.

“Saya mempunyai kontrak di London sehingga 2018 dan saya berasa amat selesa di sini. Kita akan beruding tidak lama lagi dan membuat keputusan,” katanya.


Bekas pemain Real Madrid itu berhijrah ke Arsenal pada 2013. – mStar Online

Kategori