Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anuar Zain Mahu Beli...

AWAL tahun lalu, peminat Anuar Zain tentu pernah kecewa apabila penyanyi itu terpaksa...

Video: Padah Langgar Lampu...

AKIBAT ingin mengejar lampu isyarat hijau di persimpangan jalan, seorang pemandu bakal mengalami...

Kemunculan Wak Doyok Di...

Kelibat ikon fesyen lelaki terkenal Malaysia, Wak  Doyok memang mampu menarik perhatian orang...

7-Eleven Had Waktu Operasi...

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka 24 jam, 7 Eleven memaklumkan operasi cawangannya di...

Pandelela-Nur Dhabitah Terlepas Pingat Di Kazan

KUALA LUMPUR – Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, terlepas pingat acara 10m platform seirama Siri Terjun Dunia FINA Ketiga di Kazan, Rusia, pada Jumaat.

Untuk siri kali ini yang berlangsung di Kazan Aquatic Palace, Pandelela yang bergandingan buat pertama kali dengan Nur Dhabitah, menduduki tempat keempat selepas memperolehi 283.02 mata.

Acara itu dimenangi pasangan dari China, Ren Qian dan Si Yajie dengan 328.20 mata.

Pingat perak diraih gandingan Caeli McKay-Meaghan Benfeito dari Kanada dengan 291.06 mata dan gangsa menjadi milik Iuliia Timoshinina-Valeriia Belova dari Rusia dengan 284.76 mata.


Untuk rekod, dalam dua siri sebelum ini, Pandelela yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara yang sama berjaya meraih pingat perak pada siri pertama di Beijing dan gangsa pada siri berikutnya di Guangzhou.

Sementara itu, Nur Dhabitah akan bergandingan dengan Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama pukul 6 waktu Kazan (pukul 11 malam, Jumaat waktu tempatan). – BERNAMA

Kategori