Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rosmah Ditahan SPRM Dan...

PUTRAJAYA — Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ditahan ketika memberi...

Hishamuddin Hadir Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung...

4 Restoran India PJ...

PETALING JAYA - Wakil rakyat DAP menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil...

Belum Move On, Syazwan...

PELAKON Syazwan Zulkifly, 29, mengakui dia mash menyayangi bekas teman wanitanya Shenty Feliziana...

Parti Gerakan Bersiap Sedia Hadapi PRU14

SEREMBAN – Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti Gerakan telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sejak tahun lepas.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata jentera pilihan raya Gerakan telah bersedia sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jentera parti telah bersedia sama ada bagi kerusi yang ditandingi parti Gerakan mahupun, membantu calon parti komponen Barisan Nasional yang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Bukit Kepayang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.


Ditanya adakah kementeriannya mengeluarkan surat pekeliling seperti Jabatan Penerangan mengenai pembekuan cuti persendirian atau urusan peribadi ke luar negara bagi semua petugas jabatan tersebut mulai 1 Mei depan, Mah berkata kementerian beliau tidak ada peraturan seperti itu. – BERNAMA

Kategori