Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

19 Pekerja Asing Ditahan...

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan...

Ahmad Shabery Letak Jawatan...

KEMAMAN - Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan meletak...

JDT Perlu Enam Mata...

KUALA LUMPUR : Berdasarkan jurang 14 mata sedang dinikmati pendahulu, Johor Darul Ta'zim...

600,000 Isi Rumah M40...

KUALA LUMPUR - Pendapatan purata kasar bulanan isi rumah menurun 10.3 peratus daripada...

PAS Tak Mampu Menang Tanpa Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan PAS bahawa parti itu sudah ketiadaan Murysidul Am yang popular iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru, kata Kit Siang, PAS yang kononnnya menyasarkan menang di lima negeri sebenarnya sedang berhadapan isu sama ada parti itu mampu kekal berkuasa di Kelantan.

“Isu yang sedang melanda PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sama ada mereka mampu mengekalkan Kerajaan Kelantan memandangkan tiada lagi Mursyidul Am PAS yang popular dalam parti itu,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang seterusnya berkata, dalam sejarah PRU Malaysia, PAS paling banyak memenangi 13 kerusi tanpa kerjasama parti lain iaitu pada tahun 1959.

Kata beliau, PAS hanya berjauya memenangi lebih kerusi apabila mendapat kerjasama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Sehubungan itu, tegas beliau, PAS paling hebat pun sekadar boleh memenangi 30 kerusi dalam PRU14. -MYNEWSHUB.CC

Kategori