Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Singa Jejak Tanah...

VIDEO ini mungkin akan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa tidak berhati perutnya manusia...

Reguigui Pelumba Benua Afrika...

PELUMBA Algeria, Youcef Reguigui muncul sebagai pelumba ketiga dari benua Afrika menjuarai edisi...

Pintu Van Perisai Tiba-Tiba...

HONG KONG – Puluhan pemandu di sebatang lebuh raya utama di sini berebut-rebut...

Wanita Mati Lemas Gara-Gara...

KELEKAAN menggunakan telefon bimbit akhirnya membawa padah kepada seorang wanita di China apabila...

PAS Tolak Sekular, Tapi Masih Dalam Kerajaan Selangor!

KUALA LUMPUR – DAP menyindir pendirian PAS menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti sekular dan liberal tetapi masih kekal dalam jentera pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang menyuarakan sokongannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

“Bagaimana pula PAS boleh mempertahankan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan parti sekular dan liberal atas dasar prinsip apabila PAS sehingga kini masih kekal dalam kerajaan Selangor.

“Adakah pendirian (ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang) ini juga atas dasar prinsip?” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas keputusan PAS menolak pelawaan DAP untuk bekerjasama menumbangkan parti kaum Melayu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)


PAS menolak pelawaan itu kerana enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang memperjuangkan dasar sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dua tahun sebelum itu PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.

Zairil seterusnya mempersoalkan mengapa bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya memuji dan pertahankan DAP jika prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik pada pandangan PAS. – MYNEWSHUB.CC

Kategori