Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: TMJ Kuat Berjenaka,...

Walaupun riak di wajah nampak tegas, namun rakyat jelata terutamanya di negeri Johor...

Polis Melaka Fokus Kempen...

JASIN - Polis Melaka akan melancarkan dua kempen pencegahan jenayah iaitu Skim Rondaan...

Jangkitan Covid-19 Di Rantau...

GENEVA, Switzerland – Jumlah jangkitan Covid-19 di rantau Asia melepasi angka 100 juta...

EU Syor Dos Penggalak...

BRUSSELS: Agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU) akan mencadangkan suntikan dos penggalak kedua vaksin...

Patung Di Istana Bogor Tutup Aurat, Hormat Raja Salman

JAKARTA — Kunjungan julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud ke Istana Bogor dekat sini pada Rabu dilaporkan menyebabkan pihak protokol terpaksa menyesuaikan diri.

Salah satunya ialah langkah “mengemas” sejumlah ratusan patung hiasan yang ada di sekitar istana persinggahan Presiden Indonesia seluas 28 hektar tersebut sebagai menghormati sensitiviti pemerintah Islam berkenaan.

Dianggarkan terdapat kira-kira 360 buah patung manusia tanpa busana atau haiwan di kawasan istana yang dibina pada 1744 itu. Ada antaranya ditutup dengan kain manakala sejumlah patung lain ditutup dengan pohon kecil.

Patung seekor singa di halaman belakang Istana Bogor, misalnya dilindungi dengan pokok palma hiasan sementara patung haiwan mitos naga yang juga terletak di belakang istana berkenaan pula ditutup dengan helaian kain.

Beberapa buah patung wanita tanpa pakaian sehingga menampakkan bahagian kemaluan baik yang terletak di luar mahu pun di dalam gedung utama seluas 1.5 hektar tersebut tampak turut ditutupi dengan penggunaan kain putih.

Baca: 500 Pemandu Teksi Bawa Rombongan Raja Salman

Juga: Eskalator Raja Salman Dibawa Khas Dari Arab Saudi

Patung-patung bertelanjang mendedahkan aurat tersebut berada di laluan aktiviti Presiden Joko Widodo dan Raja Salman. Meskipun demikian, bukan semua patung manusia tanpa busana terpaksa ditutupi kain atau pohon.


Raja Arab Saudi ketujuh itu kini dalam rangka lawatan sembilan hari di Indonesia selepas berkunjung ke Malaysia. Baginda dalam program jelajah beberapa negara Asia serta akan ke Brunei, China, Jepun dan Maldives bulan ini.

Berdasarkan pengamatan akhbar berpengaruh tempatan KOMPAS, ada juga patung yang jelas berbogel namun tetap dibiarkan tampil begitu sahaja seadanya. Beberapa patung itu berada di bangunan sayap kanan gedung utama.

Patung berkenaan malah masing-masing berbentuk wanita tanpa busana tetapi pihak pentadbiran Istana Bogor tidak bertindak menutupi aurat patung itu kerana kedudukannya agak tersorok dan terpencil untuk disaksikan.

Bagaimanapun ini bukan pertama kali usaha tersebut dilakukan oleh pihak istana pemerintah Indonesia berkenaan kerana langkah yang dilaksanakan era Jokowi itu pernah dijalankan ketika pentadbiran presiden sebelumnya.

Difahamkan beberapa kali kegiatan di Istana Bogor yang berkaitan dengan acara keagamaan turut menyebabkan banyak patung berbogel ditutup sebagai memelihara sensitiviti pihak berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori