Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gambar M. Saravanan Selit...

PERGOLAKAN dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC, hari ini menimbulkan pula isu...

Bangkai Kapal Perang AS...

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling...

Asrama SMA Maahad Al...

TELUK INTAN - Jeritan dua pelajar menyelamatkan sebahagian pelajar perempuan asrama Sekolah Menengah...

CAP Gesa Perkenal Akta...

Georgetown : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Akta Halal Haram diperkenalkan bagi...

PDRM, JAWI Buru Raja Bomoh Sejak Isnin Lalu

RAJA Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin menjadi buruan pihak berkuasa sejak Isnin lalu ekoran didakwa merosakkan imej agama Islam.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Aysraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berkuasa kini giat mengesan Ibrahim selepas video lelaki itu melakukan ritual untuk ‘memagar’ Malaysia menjadi tular di media sosial.

“JAWI dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim). Mereka akan menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya.

PDRM, JAWI Buru Raja Bomoh Sejak Isnin Lalu

Jumaat lalu Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Ibrahim sebagai mahu meraih populariti dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan upacara perbomohan lelaki tersebut.


Katanya, ini matlamat individu tersebut iaitu publisiti supaya menjadi seorang yang lebih popular dan banyak lagi agenda yang lebih besar boleh dikongsikan.

“Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Kategori