Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

TYT Sabah Kini Boleh...

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan pindaan Rang...

Tiada Lagi Kad UNHCR...

PUTRAJAYA - Kabinet memutuskan untuk tidak lagi membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian...

Reaksi Wanita Terhadap Foto...

ISU sensasi melibatkan aktor, Zul Ariffin gara-gara foto menampakkan alat sulit lelaki yang...

Remaja Mencuri Di Victoria’s...

TIONA Rodroguez, 18, pada mulanya ditangkap kerana 'kantoi' mencuri di butik Victoria's Secret...

Pekan Parit Bakal Berwajah Baharu – Zambry

PARIT – Pekan Parit yang terletak di daerah Perak Tengah di sini akan berwajah baharu berikutan usaha kerajaan negeri menambah baik setiap bangunan di sekitarnya sambil mengekalkan ciri-ciri warisan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerja pengindahan akan dilakukan tidak lama lagi di sekitar kawasan pekan tersebut termasuk mengecat bangunan warisan serta menambah baik infrastruktur dan prasarana untuk kemudahan penduduk setempat.

Katanya Anggota Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Pegawai Daerah Perak Tengah, Datuk Mad Dan Hassan akan menyelaras kerja penambahbaikan untuk memberi imej baharu tanpa perlu merobohkan bangunan lama.

“Dengan proses penambahbaikan ini, ia turut memberi nilai tambah kepada kawasan yang cukup istimewa ini kerana mempunyai nilai warisan tersendiri dan tentunya akan memberi impak besar walaupun pekan ini kecil,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Perak @ Perak Tengah di Dataran Parit yang disertai kira-kira 3,000 penduduk tempatan di sini hari ini.


Sementara itu, mengulas mengenai Program Permukiman Menteri Besar Perak yang masuk siri keenam, Zambry berkata ia telah berjaya mencapai sasaran dan matlamat penganjurannya.

“Kita mendapat maklum balas yang cukup baik daripada penduduk setempat di setiap program yang kita hadiri, sekali gus menunjukkan kemantapan hubungan antara kerajaan negeri dengan rakyat.

“Selain itu, beberapa permasalahan sebelum ini dapat diselesaikan dan ditangani dengan sebaik mungkin antaranya pembinaan hospital, banjir dan menaik taraf jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Kategori