Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

53 Murid Di Pulau...

GEORGE TOWN - Seramai 53 murid di 24 sekolah rendah dan menengah di...

Saravanan Harap Olahraga Akhiri...

KUALA LUMPUR – Pemenang tunggal pingat emas negara dalam acara olahraga Sukan Komanwel...

Ancaman Daesh Sempena Hari...

KUMPULAN militan Daesh mula 'mengganas' di negara ini dengan membuat kemunculan pada hari-hari...

Jean Koyak Di Punggung...

KOREA selatan kini dilanda trend baru, iaitu remaja perempuannya gemar memakai seluar jean koyak...

Pekebun Ditetak Senda Rakan Hidang Daging Biawak

MIRI – Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera di kepala setelah ditetak oleh rakannya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai, Niah di sini semalam.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata sebelum kejadian 9 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan suspek lelaki berusia 32 tahun minum minuman keras bersama-sama.

“Punca kejadian suspek marah dengan mangsa, selepas mangsa mempersendakan hidangan masakan biawak yang dihidangkan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek hanya menetak sekali ke arah kepala mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa mendapat kecederaan ringan.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar.


Khoo berkata suspek ditahan 5.30 petang semalam dan polis turut merampas sebilah parang sepanjang 33 sentimeter. – BERNAMA

Kategori