Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Uganda Miliki Dadah...

PETALING JAYA — Seorang lelaki warganegara Uganda dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan...

Cadangan Pinda Akta GST...

KUALA LUMPUR - Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan dipinda bagi membolehkan...

1 Maut, 13 Cedera...

HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan...

Jokowi, JK Tak Kisah...

Jakarta - Tiada satupun gambar Joko Widodo (Jokowi) dan naibnya, Jusuf Kalla (JK)...

Pekerja Industri Ternakan Ayam Di Kelantan Bebas H5N1

PUTRAJAYA – Pemeriksaan darah pekerja industri ternakan ayam di Kelantan mendapati mereka tidak dijangkiti selesema burung (H5N1) setakat ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kementerian akan terus memantau semua pekerja industri itu di Kelantan bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak dalam kalangan manusia.

“Tidak ada laporan kes H5N1 berjangkit kepada manusia setakat ini, hanya berjangkit kepada ayam sahaja.

“Sebagai langkah pencegahan, ayam yang dibeli perlu dibersihkan dengan teliti dan dimasak dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di Taman Botani, di sini hari ini.


Rabu lalu, kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua jajahan lagi iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

Kes H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • H5N1

Kategori