Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Dilema Awek Nak ‘Break’...

JIKA dilihat kebanyakan drama kisah percintaan di Malaysia, 'cinta dihalang oleh orang tua'...

Sukan Komanwel, Sukan Asia...

NILAI - Juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan beliau akan memberi keutamaan...

Abdul Hadi Kekal Presiden,...

KUALA SELANGOR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PAS...

Ayuh Sokong Beregu Kita...

ATAS kertas kontinjen Malaysia sudah terjamin pulang dari Olimpik 2016 dengan rekod lebih...

Pekerja Ladang Dituduh Bunuh Penarik Kereta

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penarik kereta di lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, pada 27 Julai tahun lalu.

D. Manivannan, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Manivannan, bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh V. Kandasamy, 44, di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini pada 3.35 petang, 27 Julai 2016.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori