Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai...

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa,...

Konflik Ukraine: Norway Sumbang...

OSLO: Kerajaan Norway akan menyalurkan dana sebanyak AS$32.35 juta (RM152.2 juta) bagi menyokong...

Polis Tahan 80 Lelaki,...

TANAH MERAH - Polis menahan 80 lelaki dan dua wanita yang disyaki terlibat...

Maklumat WhatsApp Syabas Catu...

KUALA LUMPUR – Tiada catuan bekalan air dilakukan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn....

Pelajar Perempuan Dikhuatiri Hilang Di Gunung Santubong

KUCHING – Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang, dekat sini dikhuatiri hilang di Gunung Santubong ketika mendaki bersama-sama guru-guru dan rakan-rakannya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata berdasarkan maklumat awal, pelajar itu dikatakan hilang selepas terpisah daripada kumpulan 73 guru dan pelajar sekolah itu.

“Anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diarahkan ke lokasi kejadian. Berdasarkan laporan awal, tiga orang guru masih berada di atas gunung bagi mencari pelajar perempuan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.


Tiong berkata selain pelajar hilang itu, seorang guru lelaki juga mengalami kecederaan dan dirawat oleh Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bomba di aras 1 gunung tersebut.

Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan pasukan elit Multi Skill (MUST) JBPM Sarawak juga digerakkan ke gunung itu bagi membantu operasi mencari dan menyelamat. – BERNAMA

Kategori