GARA-GARA menelan pil bagi mencegah mati pucuk, seorang pelakon filem lucah terpaksa berhenti daripada industri berkenaan selepas menjadi ketagih kepada pil itu hingga dia mengalami ereksi sehingga 12 jam.
Christopher Zeischegg, 31, sebelum ini dikenali sebagai Danny Wylde dalam industri filem lucah dan telah melakonkan 600 adegan sepanjang 10 tahun.
Namun dia kini mengumumkan terpaksa mengakhiri kariernya itu atas nasihat perubatan.
Christopher memberitahu disebabkan ketagihan itu, dia pernah mengalami ereksi selama 12 jam selepas mengambil ubat berkenaan melebihi empat kali dos yang dibenarkan.
Ia juga mengakibatkan Christopher terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Selepas kali ketiga, doktor memberitahu jika saya terus menggunakan ubat itu ia akan mengakibatkan kerosakan jangka panjang yang akan membawa kepada mati pucuk,” katanya.
“Saya masih dalam lingkungan umur 20-an dan saya mendapat idea (mengambil ubat itu) kerana tidak mahu pasangan saya kecewa atau membiarkan mereka berfikir saya hanyalah `pelakon lucah’ ketika di katil,” katanya.
Jelasnya, sekiranya tidak mengambil pil tersebut selama beberapa hari, dia akan mengalami kebimbangan dan tahap keyakinan yang rendah. – MYNEWSHUB.CC