Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fizo Omar Ikon SSM-ONE...

ARTIS terkenal tanah air, Fizo Omar disahkan bakal muncul untuk menggegarkan karnival Online...

Annuar Musa Enggan Komen,...

SHAH ALAM - "Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa...

Pilihan Ronaldo Buat Real...

CRISTIANO Ronaldo lebih berharap Real Madrid untuk mengambil rakan sepasukannya di Portugal, Andre...

512 Pelajar Dijangkiti ILI...

IPOH - Jumlah pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak...

Pelan Khusus Untuk Kaum India Dilancar Bulan Depan

CHENNAI – Kerajaan akan melancarkan satu pelan tindakan baharu khusus untuk memastikan kemajuan masyarakat India, bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata inisiatif baharu itu bertujuan mengimbangi pembangunan kaum India bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam agenda transformasi negara.

Katanya satu mekanisme khusus akan diwujudkan bagi memastikan kejayaan pelan tindakan itu kelak.

“Ini bukan satu retorik semata-mata sebab kita ada sasaran tertentu dan menetapkan satu jangka masa untuk menjayakan pelan tindakan itu,” katanya pada sesi bersama pelajar dan komuniti Malaysia di Chennai, hari ini.

Kira-kira 200 diaspora Malaysia di Selatan India hadir pada pertemuan itu yang diadakan sempena lawatan rasmi enam hari perdana menteri ke India yang bermula semalam.

Najib berkata langkah kerajaan itu selaras dengan agenda transformasi negara yang menekankan konsep inklusiviti, kesalinghubungan dan pembangunan modal insan.

Katanya, ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat.

Dalam pada itu, perdana menteri turut menjelaskan mengenai inisiatif yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi graduan perubatan bagi menjalani tempoh latihan.

Menurut Najib, di bawah inisiatif itu, graduan perubatan akan mendapat peluang leih cepat untuk menjalani latihan berkenaan dan seterusnya diserap ke dalam jawatan.

Pada ketika ini, kira-kira 8,000 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di India, majoritinya dalam bidang perubatan.

Selain itu, Najib dalam ucapannya turut berharap pelajar perubatan akan membuat pengkhususan bidang selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan tertentu.


Katanya ini selaras matlamat negara untuk mencapai objektif menjadi hab kesihatan di rantau ini.

Najib berkata langkah kerajaan itu selaras dengan agenda transformasi negara yang menekankan konsep inklusiviti, kesalinghubungan dan pembangunan modal insan.

Katanya, ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat.

Dalam pada itu, perdana menteri turut menjelaskan mengenai inisiatif yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi graduan perubatan bagi menjalani tempoh latihan.

Menurut Najib, di bawah inisiatif itu, graduan perubatan akan mendapat peluang leih cepat untuk menjalani latihan berkenaan dan seterusnya diserap ke dalam jawatan.

Pada ketika ini, kira-kira 8,000 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di India, majoritinya dalam bidang perubatan.

Selain itu, Najib dalam ucapannya turut berharap pelajar perubatan akan membuat pengkhususan bidang selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan tertentu.

Katanya ini selaras matlamat negara untuk mencapai objektif menjadi hab kesihatan di rantau ini. – BERNAMA

Kategori