SEORANG wanita warga British yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu telah ditemui merayau-rayau dalam keadaan bogel di jalan Khao San di Bangkok.
Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri ketika dihampiri polis, namun dia berjaya ditangkap.
Dia dibawa ke hospital selepas tidak memahami soalan yang ditanya sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Thai.
Susulan itu, ibu wanita berkenaan telah terbang dari Britain ke Bangkok untuk bertemu dengan anaknya.
Pemeriksaan doktor tidak menemui tanda-tanda dia diserang.
“Dia langsung tidak bercakap dan enggan memberikan kerjasama. Kami masih tidak tahu siapa dia dan kenapa dia melarikan diri dari kami,” kata polis. – MYNEWSHUB.CC