Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tular Baju Ibu Menyusu,...

GARA-GARA baju Melayu keluarannya kelihatan seperti busana ibu menyusukan anak, pelakon Erry Putra...

IKHLAS Gesa Keadilan Kepada...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menyerahkan...

Elly Mazlein: Saya Sudah...

SELEPAS kegagalan rumah tangga yang dibina bersama Azmi Hatta, pelakon kecil molek, Elly...

Mangsa Banjir Kampung Sungai...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Sungai Tepus di Bandar...

Pelancong Malaysia Ditemui Mati Di Phuket

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia ditemui mati di dalam biliknya di Phuket semalam, dengan polis tempatan mengesyaki penggunaan alkohol secara berlebihan sebagai punca kematiannya.

Ketua Polis Patong, Lt. Kol. Jongserm Preecha memberitahu media tempatan hari ini, lelaki tersebut dikenali sebagai Lee Tzu Yuen, 38, dan menginap di rumah tumpangan di Soi San Sabai.

Menurutnya, tiada tanda pergelutan atau bilik itu digeledah.

“Seorang pekerja rumah tumpangan berkenaan mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali untuk mengemasnya pada pukul 2 petang semalam tetapi tiada jawapan sebelum meminta bantuan pihak pengurusan bagi membuka bilik tersebut,” katanya.

Sebaik pintu dibuka, pihak pengurusan menemui mayat mangsa dalam keadaan bogel.


Jongserm berkata, Kedutaan Malaysia di Thailand sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Patong untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA

Kategori