Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Makan Ayam Terapi Al-Quran...

MEMANG melampau apabila ada peniaga sanggup menjaja nama agama demi mengaut keuntungan apabila...

Setuju Guna AI, BDA...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian...

Imigresen Tahan 7 Pengemis...

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan tujuh warga Kemboja termasuk tiga kanak-kanak...

BN Akan Terus Bangunkan...

KIMANIS - Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membangunkan Sabah dan Sarawak...

Pelangi Berwarna, Keindahan Tasik Biwa Wilayah Shiga

OTSU (Jepun) – Biro Pelawat Biwako, yang terletak di Wilayah Shiga, dan menjadi sebahagian daripada kawasan Kansai di bahagian barat pulau utama Jepun, telah mengeluarkan sebuah video yang bertajuk “Pelangi-Berwarna, Keindahan SHIGA: Shiga – Biwako.”

(Biwako atau Tasik Biwa adalah merupakan tasik air tawar yang terbesar di Jepun.)

Pelbagai lokasi dari sekeliling Shiga telah digabungkan di dalam video ini untuk menggambarkan suatu hari yang penuh dengan warna.

Banyak tempat yang terkenal dipaparkan di dalam video itu, mencakupi dari pemandangan Tokong Shirahige yang dicat merah oleh sinaran matahari yang sedang terbenam kepada kehijauan daun teratai yang menyelubungi Taman Kohoku Mizudori.

Video itu menunjukkan lokasi-lokasi Shiga yang cantik dan mengagumkan dalam warna pelangi yang jelas.

Muzik dalam video itu termasuk sampel yang diambil daripada gelombang Tasik Biwa dan telah dihasilkan oleh komposer terkenal dunia Marihiko Hara.


Kamera yang digunakan untuk projek ini adalah model alpha SONY dari SONY, wakil jenama kamera Jepun.

Anda juga boleh melihat lokasi tempat-tempat untuk bersiar-siar yang dipaparkan dalam video ini di “Laman Sesawang Rasmi Pelancongan SHIGA” bagi Biro Pelawat Biwako URL web en.biwako-visitors.jp. – BERNAMA

Sumber: Biro Pelawat Biwako

Kategori