Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

RGBI Sahkan Pengarah Urusannya...

KUALA LUMPUR: RGB International Bhd (RGBI) iaitu syarikat yang dikaitkan membiayai kempen pilihan...

MKT UMNO Mohon Ihsan...

KUALA LUMPUR : Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini, memohon...

APEC Disaran Beri Lebih...

KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memberi lebih...

Seluruh Perlis Bakal Dapat...

ARAU - Penduduk Perlis khususnya di kawasan luar bandar bakal menikmati jalur lebar...

Pelbagai Inisiatif Bantu Nelayan Sg. Besar – Budiman

SHAH ALAM – Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional (BN) menafikan laporan akhbar kerajaan negeri kononnya beliau tidak membela nasib nelayan di kawasan parlimennya.

Sebaliknya, beliau berkata pelbagai inisiatif untuk membantu meningkatkan potensi, kebajikan serta infrastruktur nelayan telah dilakukan sepanjang tujuh bulan beliau menjadi anggota Parlimen kawasan itu.

“Sepanjang tujuh bulan menjadi anggota Parlimen, saya telah melaksanakan pelbagai bantuan, antaranya menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Nibong dengan kos RM200,000, menyalurkan elaun sara hidup nelayan kepada 1,814 penerima dengan peruntukan RM4.2 juta dan menyalurkan bantuan subsidi diesel kepada 487 kapal dengan peruntukan RM37 juta.

“Berdasarkan senarai bantuan itu, apakah asas yang mengatakan saya mengabaikan kebajikan golongan nelayan di kawasan Parlimen Sungai Besar sebagaimana yang didakwa oleh akhbar berkenaan,” soalnya.


Maklumat yang terkandung dalam artikel itu jauh menyimpang daripada realiti sebenar, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori