Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Pandang Ringan Peningkatan...

PUTRAJAYA: Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh dipandang ringan memandangkan individu...

Bayi Kembar Orang Asli...

GERIK: Sepasang bayi kembar selamat dilahirkan dalam sebuah bot ambulans ketika melalui Tasik...

Lebih 2,000 Terima Sumbangan...

PAPAR - Seramai 2,503 golongan asnaf dan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas...

Bekas MB Selangor Abdul...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata...

Pemancing Udang Ditemukan Mati Lemas

TANAH MERAH – Seorang pemancing udang yang dilaporkan hilang semalam selepas dihanyutkan arus sungai, ditemukan mati lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata mayat Nik Shahreza Che Hashim, 30, ditemukan terapung pada 5.30 petang, kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang di Kampung Tepi Sungai.

“Seorang pemancing udang melihat satu objek terapung di sungai sebelum menyedari ia adalah mayat seorang lelaki dan kemudian memaklumkannya kepada pasukan mencari dan menyelamat yang berada berhampiran tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.


Semalam, Nik Shahreza dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus sungai ketika memancing udang bersama-sama empat rakannya. – BERNAMA

Kategori