Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan Pas Sementara Sabah...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS)...

Jamawi Pula Sindir Fathia,...

NAMPAKNYA nama pelakon, Fathia Latiff terus menjadi bualan hangat di bibir para perwakilan...

Syafiq Kyle Kini Pemilik...

KUALA LUMPUR - Selepas niatnya untuk menjadi pemain bola profesional tidak kesampaian, pelakon...

Tawar RM4.42 Juta Untuk...

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah...

Pemandu Lori Didakwa Beri Pinjam Wang Tanpa Lesen

KUANTAN – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap tujuh pertuduhan menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen, tahun lalu.

Maswan Hussain, 34, yang berasal dari Felda Selendang 1, Rompin dekat sini, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan pinjaman kepada lima individu berbeza dengan jumlah RM2,000 setiap seorang antara 24 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu di sekitar Rompin.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hassim menawarkan jaminan sebanyak RM120,000 bagi semua pertuduhan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.


Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jasa baik mahkamah mengurangkan jumlah itu atas alasan pendapatannya hanya sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

“Dengan gaji itu saya perlu menanggung emak yang sudah tua, seorang isteri yang tidak bekerja dan dua anak yang masih kecil,” katanya.

Siti Aminah menetapkan jaminan sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 5 April ini. – BERNAMA

Kategori