Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Valencia Terbuka Sertai Seteru...

ANTONIO Valencia tetap mahu kekal beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris meskipun jika...

Tangani Isu Integriti Di...

PUTRAJAYA - Isu integriti pegawai dan anggota yang bertugas di semua pintu masuk...

Gajah Ditemui Mati Tanpa...

ALOR SETAR - Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik...

Ada Dalang Di Sebalik...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ada dalang...

Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak

MALANG tidak berbau, itulah ungkapan bagi mengenang nasib yang dialami oleh seorang pemandu lori apabila menemui ajal ketika menurunkan kayu balak dari lori dipandunya.

Insiden itu berlaku di sebuah kilang kayu Latitude Tree Furniture Sdn. Bhd. di Ajil, Hulu Terengganu sekitar 8.40 pagi tadi.

Memetik laporan laman NST, mangsa dikenali sebagai Azman Aziz, 56, berasal dari Bandar Warisan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan.

Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak

Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, “Ketika kejadian mangsa sedang memunggah turun kayu balak dari lorinya di kilang terbabit.”


Tambah Mohd Adli lagi, pihaknya menerima laporan berhubung insiden yang berlaku dari penyelia kilang terbabit yang berusia 48 tahun.

Mayat Azman kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Pihak polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kes mati mengejut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori