Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lagi Ahli Parlimen Nafi...

PETALING JAYA - Seorang lagi ahli Parlimen menafikan menyokong Dr. Mahathir Mohamad sebagai...

RON97 Naik Lagi, Kini...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08...

‘The Cliff House’ Karya...

SINTOK - Filem animasi 'The Cliff House' dinobat sebagai penerima anugerah 'Best of...

Nangka Gergasi Janji Hasil...

SERDANG - Penanaman buah nangka gergasi yang boleh mencecah berat hampir 40 kg...

Pembayaran BR1M Secara Manual Lebih Mudah & Cepat

KANGAR – Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rayat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

“Hari ini ramai mengambil kesempatan bertemu saya untuk mengadu masalah mereka. Yang mana boleh dibantu, saya bantu atau dipanjangkan kepada jabatan berkaitan,” katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis pembayaran BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Bintong di Dewan Warisan di sini hari ini turut melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat mempertikaikan pembayaran secara manual.

Seramai 9,770 penerima menerima BR1M masing-masing secara tunai dalam tiga sesi pada pagi dan petang ini manakala sesi ketiga esok di tempat sama. Pembayaran sesi pertama selesai dalam masa kira-kira dua jam sahaja.

Dalam mempertahankan pandangannya, Shahidan berkata kerajaan bersedia menambah baik pembayaran BR1M secara manual agar menyenangkan rakyat.


Ketika ditanya mengenai beliau menjadi punca BR1M di Perlis dibayar secara manual yang menjadi tular dalam media sosial, Shahidan berkata ia adalah keputusan kerajaan namun ia adalah wajar kerana penerima mengalami kesulitan dan membuang masa sehingga tiga jam apabila mengambilnya di bank.

“Saya dapat maklum balas ramai mahu BR1M dibayar secara manual kerana mereka boleh dapatkan tunai secara terus namun apa sahaja pandangan rakyat akan diambil kira.

“Mereka yang memaki hamun saya pula wajar berfikir dan bertaubat. Jika memfitnah sampai tahap berleluasa, saya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindak balas yang sepatutnya,” kata Shahidan. – BERNAMA

Kategori