Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ridhuan Tee Kritik Pak...

Penceramah sensasi, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah mengkritik tindakan Sasterawan Negara, A Samad...

Permohanan Anwar Cabar Penjara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 Feb tahun depan untuk...

3 Warga Itali Maut,...

GENEVA - Tiga rakyat Itali maut dan dua lagi cedera apabila mereka dihempap...

Kecoh 3 Patung Dewi...

BEIJING - Tular foto memaparkan tiga patung dewi China ditempatkan di kerusi penumpang...

Pembinaan Loji JEP TNB Dijangka Siap Pada Dis 2019

KUALA LUMPUR – Pembinaan loji tenaga Jimah East Power (JEP) bernilai RM12 bilion di Jimah, Port Dickson berjalan lancar dan dijangka siap seperti dijadualkan pada Disember 2019.

Dalam kenyataan, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata lebih 40 peratus daripada projek baharu itu, yang turut dikenali sebagai Projek 3B, siap sejak majlis penuangan konkrit pertamanya pada Julai 2016.

TNB memiliki 70 peratus daripada projek itu melalui pengambilalihan pegangan Edra Global Energy Bhd dalam JEP daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Julai 2015.

Baki 30 peratus pegangan dalam JEP dimiliki bersama oleh rakan strategik TNB, konglomerat Jepun Mitsui & Co Ltd dan antara syarikat utiliti tenaga serantau terbesar Jepun, Chugoku Electric Power.

Dua unit berasaskan arang batu dengan kapasiti 1,000 MW setiap satunya dibina di tapak tersebut, terletak secara strategik dan penting kepada keselamatan bekalan tenaga di Semenanjung Malaysia.

Unit tersebut akan menambah 2,000 MW kapasiti penjanaan dan akan meningkatkan kapasiti penjanaan Malaysia daripada 22,748 MW pada masa ini kepada 26,940 MW pada akhir 2020.


Projek JEP akan memperluaskan portfolio operasi aset penjanaan bernilai tinggi TNB daripada dua kepada empat loji arang batu ‘ultra-supercritical’.

Dua loji tenaga lain adalah 1,000 MW Manjung 4 & 1,000 MW Manjung 5. Loji tersebut merupakan sebahagian daripada usaha TNB untuk mengurangkan perbelanjaan bahan api semasa kos meningkat.

Penambahan JEP akan terus mengukuhkan kapasiti penjanaan domestik dan antarabangsa TNB serta rekod prestasi operasinya. – BERNAMA

Kategori