Monday, July 8, 2024

Creating liberating content

Kaum Tionghua, Melayu Perlu...

SEREMBAN - Kaum Tionghua di negara ini disaran untuk meneruskan kerjasama dengan orang...

Wanita Uganda Mengaku Salah...

Muar : Wanita warga Uganda dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini...

UMNO & PAS Perlu...

BACHOK - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengusulkan agar UMNO dan...

Lesen Pengendali Bas Terbabit...

KUALA LUMPUR - Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn. Bhd., pengendali bas ekspres...

Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera Direman SPRM

GEORGE TOWN – Seorang pemegang amanah sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera bergelar ‘Datuk’ hari ini direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi disiasat atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di sini hari ini.

Lelaki itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira 10.30 pagi.

Lelaki berusia 70 tahun itu yang juga seorang ahli perniagaan ditahan SPRM pada kira-kira 8.30 malam tadi di sini.

Menurut sumber, perbuatan lelaki itu dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lepas.


Beliau dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal tanpa melalui proses dan tatacara yang telah ditetapkan oleh anak syarikat yayasan berkenaan.

Selain itu, lelaki itu yang merupakan pemegang amanah dan pengarah dalam anak syarikat yayasan itu disyaki membuat keputusan untuk menjual tanah-tanah berkenaan tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat yayasan.

Beliau dipercayai akan mendapat sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai tanah yang dijual sebagai habuan. – BERNAMA

Kategori