Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

12 Maut, Lebih 250...

AMMAN : Letupan gas klorin menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 251 cedera.Ikuti...

Ditumbuk Kerana Tongkat, Wanita...

GARA-GARA menumbuk seorang pramugari, seorang wanita rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara lima hari...

Kanak-Kanak Tanpa Imunisasi Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Kampung Bukit Malut, Langkawi,...

5 Sekolah Di Besut...

BESUT - Empat buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di sini dipilih...

Pemilik Syarikat Didakwa Tawar Skim Pelaburan

TEMERLOH – Seorang pemilik perniagaan sebuah syarikat kepentingan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menawarkan skim pelaburan berkaitan pertanian yang tidak sah, walhal tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Roslan Husain, 40 dari Kampung Machang Raja, Tembeling Tengah Jerantut, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh menerusi syarikat RBH Agro didakwa menawarkan kepada orang ramai kepentingan dalam skim pelaburan tanaman cili fertigasi, ternakan kambing, lembu dan kerbau yang diusahakan oleh syarikat itu sedangkan ia tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen di bawah Seksyen 89 Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 84 Akta Syarikat 1965 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman Seksyen 94 (1) akta yang sama.

Untuk tuduhan kedua, Roslan didakwa menawarkan skim pelaburan yang sama kepada orang ramai sedangkan semasa penawaran kepentingan itu dibuat, dia tidak mendapat surat ikatan amanah yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 84 Akta Syarikat 1965. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman seperti pertuduhan pertama yang memperuntukan hukuman penjara lima tahun atau denda sehinga RM100,000 atau kedua-duanya.


Pegawai Pendakwa SSM Muhammad Afif Abdullah kemudian memohon kepada mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 sementara menanti tarikh sebutan semula kes memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada hakim agar jaminan itu dapat dikurangkan memandangkan beliau kini hanya bekerja sebagai pemandu lori dan dalam masa sama isterinya juga berada di hospital kerana keguguran.

Hakim menetapkan RM10,000 sebagai jaminan dan 18 April sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam dan mengemukakan dokumen berkaitan.

Tertuduh menerusi seorang penjamin kemudian membayar wang jaminan itu. – BERNAMA

Kategori