Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Untuk...

KEBIMBANGAN pelabur terhadap impak perang dagangan Amerika Syrikat (AS) dan China terbukti memberi...

RCI Tidak Diperlukan Dalam...

PUTRAJAYA – Tidak ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi...

Kafe Ditutup, Nora Danish...

DEK kerana tersebarnya cerita bahawa kafe miliknya, Kopi & XOXO di Bangsar ditutup...

Lenovo S850: Telefon 5-Inci...

Lenovo Malaysia secara rasminya telah menambah satu lagi peranti baru dibawah penawaran mereka,...

BR1M: Pemohon Gagal Boleh Buat Rayuan Sehingga 31 Mei

PEMOHON Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan selewat-lewatnya pada 31 Mei ini.

Permohonan rayuan berkenaan akan dibuka bermula 3 April ini dan ianya perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang.

Borang rayuan berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my. sebelum mengemukakannya di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan anda.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN


iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;ATAU

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pemohon boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai rayuan BR1M. – MYNEWSHUB.CC

Kategori