Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Siti Kasim Sahkan Digantung...

PETALING JAYA - Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli...

Kecoh Kebakaran Di Lapangan...

SATU kebakaran besar berlaku dekat Lapangan Terbang El Prat di Barcelona pada Jumaat,...

EXIM Bank Serah Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menyampaikan sumbangan wang...

Detik Cemas Pewarta Bernama...

KUCHING – Tidak sampai 10 minit pewarta Bernama di Sibu, Frank Julian Martin...

Pencuri Tabung Masjid Dapat RM50 Jer…

MIRI – Dua pencuri sekadar mendapat RM50 sahaja ketika cuba berhempas pulas mahu mencuri duit daripada beberapa peti tabung di Masjid An-Naim, Lutong di sini, awal pagi kelmarin.

Ia berikutan tindakan bijak pihak pengurusan masjid tersebut yang sebenarnya sudah pun mengosongkan dua daripada tiga tabung ditempatkan di rumah Allah berkenaan, lebih awal lagi sebelum itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid, Marli Ali, kejadian dipercayai berlaku 2.30 pagi apabila dua penjenayah terbabit menceroboh masjid itu selepas berpenat lelah mengumpil pintu hadapan menggunakan batang besi.

Kedua-dua lelaki terbabit kemudian berjaya membuka tiga tabung masjid dengan menggunakan besi yang sama, namun mereka kecewa kerana hanya mendapati sebuah tabung sahaja berisi wang.

“Mujurlah dua daripada tiga tabung berkenaan sudah dikosongkan. Cuma sebuah tabung yang tidak dikosongkan, tetapi isi tabung itu hanya ada RM50.

“Tindakan dua penjenayah terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid, namun wajah suspek tidak dapat dikesan kerana memakai topi keledar,” katanya yang dipetik Harian Metro.


Kata Marli, pihak masjid itu ketika ini lebih berhati-hati kerana penjenayah sanggup berbuat apa saja, termasuk melakukan jenayah curi waima di dalam rumah ibadat sendiri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori