Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MRT Kurangkan 160,000 Kenderaan...

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan...

Si Comel Selamat Lahir...

SEORANG penumpang wanita berusia lingkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam sebuah bas...

Bekas Ahli Kumpulan Backstreet...

SEBUT sahaja nama kumpulan boy band, Backstreet Boys, pasti penggemar muzik era 1990-an...

RM150 Juta Bina Program...

KOTA BHARU - Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi membangunkan sistem Program Ramalan dan...

Pendapatan RM200,000 Pun Ada Masih Mohon BR1M

KUALA LUMPUR –  Di sebalik tohmahan konon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah, ada pemohon yang memiliki penyata kewangan lebih RM200,000 turut memohon bantuan itu.

Perkara tersebut didedahkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menyatakan ia ditemui ketika kerajaan mengenakan syarat dokumen sokongan terhadap permohonan berkenaan mulai tahun lalu.

Ujarnya, tujuan utama perkara itu dibuat adalah bagi mengelakkan golongan kaya sedemikian turut mendapat bantuan berkenaan tatkala ramai lagi rakyat marhaen yang sepatutnya memerlukan tidak pula mendapat BR1M.

“Mereka yang memohon itu tidak menyertakan bukti pendapatan mereka di bawah RM4,000 sebagai bukti. Tapi ada juga yang menyertakan dokumen sokongan seperti penyata kewangan berbaki RM200,000.

“Ini tidak menggambarkan mereka golongan yang perlu dibantu. Mungkin pendapatan mereka lebih daripada itu,” katanya ketika ditemui program ‘Do It Together’ di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Titiwangsa itu turut mendedahkan ada dalam kalangan pemohon BRIM yang diterima untuk diproses daripada mereka yang berpendapatan bulanan melebihi RM10,000.

“Mana-mana isi rumah yang didapati memang berpendapatan lebih daripada RM4,000, pihak kita (kerajaan) tidak akan bagi di mana skim BR1M ini sebenarnya untuk mereka yang ada pendapatan RM4,000 ke bawah sahaja.

“Jadi sesiapa pendapatan lebih daripada itu, tidak layak. Dalam berjuta-juta permohonan yang kita terima ada cecah sampai RM10,000 pun ada mohon, ia bukan sebab dia berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

“Tahun lalu tidak disemak dokumen, jadi mula tahun ini kena laksana untuk pasti permohonan perlu disokong dokumen seperti penyata kewangan sebab kita mahu tahu pemohon benar-benar layak terima bantuan,” katanya.


Secara keseluruhan, seramai 6,320,769 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2017 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan diantara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 billion.

“Kalau isi borang tidak ada borang sokongan, mereka tidak boleh salahkan kerajaan. Bagaimana kerajaan hendak tahu pendapatan isi rumah pemohon.

“Mereka yang mohon tidak menyertakan bukti pendapatan mereka di bawah RM4,000 sebab ramai yang tidak kemuka bukti,” katanya lagi.

Sebelum ini terdapat rungutan daripada permohon yang gagal mendapatkan bantuan berkenaan dikaitkan dengan kegagalan pemohon yang mendaftarkan lesen perniagaan dengan SSM mengisytiharkan pendapatan mereka terlebih dahulu menyebabkan permohonan mereka gagal diproses.

Oleh yang demikian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuka ruang kepada semua pemohon yang gagal agar membuat rayuan sehingga 31 Mei depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori