Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Johor Lulus Pindaan Kelayakan...

ISKANDAR PUTERI : Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, meluluskan pindaan Enakmen...

PRN-11 SARAWAK: Proses Pengundian...

KUCHING - Proses pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) berjalan lancar...

300,000 Pesakit Dapatkan Rawatan...

KUALA KANGSAR - Seramai 300,000 pesakit yang mengalami pelbagai jenis penyakit berkaitan jantung...

Terlalu Haus, Kepala Harimau...

SEEKOR harimau bintang di India telah menjadi tumpuan masyarakat tempatan di negara tersebut...

Pendidik Holistik Lahirkan Siswazah Terbaik

KUALA LUMPUR – Siswazah perlu mempunyai imbangan holistik antara kemahiran akademik dan keusahawanan untuk mendapat kerja dan membina kerjaya dalam pasaran kerja yang serba mencabar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching ketika menyarankan demikian berkata ini amat berfaedah buat siswazah masa hadapan, di mana pelajar tidak saja dilengkapi dengan kelayakan akademik tetapi juga sedia memasuki pasaran kerja menerusi pembelajaran asas.

“Sebab itu kita ada purata nilai gred kumulatif bersepadu (iCGPA) yang telah melahirkan pelajar memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang dianggap sesuai untuk keusahawanan.

“Dari segi pendidikan tinggi, kita mempunyai program teoritikal sepenuhnya setiap satu selama dua tahun dan latihan berasaskan kerja untuk mempersiapkan pelajar kita memasuki pasaran kerja,” kata Yap kepada media selepas upacara penutupan Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-21 2017 di sini hari ini.

Yap meminta mereka yang mengecam sistem pendidikan tinggi supaya mengambil perhatian bahawa sistem pendidikan negara sebenarnya makin bertambah baik.


“Saya cadangkan mereka baca risalah kita mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang mengandungi kisah-kisah kejayaan,” kata Yap.

Sidang kemuncak dua hari itu dari 28 hingga 29 Mac menghimpunkan pembuat dan pengamal dasar dari agensi-sgensi kerajaan dan sektor pendidikan untuk mencari jalan menangani cabaran-cabaran utama yang dihadapi sektor pendidikan negara. – BERNAMA

Kategori