Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suspek Kes Bunuh, Bakar...

KLANG - Suspek kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala...

Jangan Bangkit Soal Perkauman,...

IPOH - "Jangan diperbesarkan hal perkauman ini, dekat sini orang Melayu makan mee...

Mangsa Tsunami Aceh Tabah...

BANDA ACEH - Setiap kali tiba tanggal 26 Disember, penduduk wilayah Acheh seramai...

Banyak Manfaat Bakal Diraih...

MUNGKIN tidak ramai yang tahu mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang...

Penempatan Khas Penagih Dadah Di Pulau Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan meneliti cadangan pembangkang untuk membina sebuah kem khas bagi menempatkan belia yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah di sebuah pulau, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud.

Beliau berkata cadangan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) itu memerlukan penelitian terperinci untuk dilaksanakan.

“Yang Berhormat kata kerajaan negeri kena buat tindakan yang ‘keras’ sedikit untuk mencegah pelajar sekolah menengah terjebak dengan dadah. Insya-Allah, kita akan teliti cadangan ini,” katanya dalam sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Mohd Abdul Wahid mengesyorkan perkara itu bagi memastikan penagih dadah sukar mendapatkan bekalan sekiranya diletakkan di penempatan khas di pulau yang sukar dimasuki pembekal dadah.

Terdahulu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) inginkan penjelasan mengenai usaha kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.


Roslee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi berkata setakat ini, kerajaan negeri telah banyak melaksanakan pelbagai program antaranya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

“Selain bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, program bersama YPKT turut melibatkan penyertaan ibu bapa kerana antara faktor pelajar terjebak dengan dadah ialah keruntuhan institusi keluarga mereka.

“Mungkin pembangkang lihat langkah yang diambil ini seperti agak ‘lembut’…kita ambil pendekatan berhemah dan setakat ini nampaknya kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini masih terkawal,” katanya. – BERNAMA

Kategori