Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Tutup Pusat Keamanan...

KERAJAAN telah mengarahkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman ditutup serta-merta dan peranannya diletakkan...

Anggota Keselamatan Perketat Kawalan...

KUALA LUMPUR - Aktiviti penyeludupan mercun dan barangan keperluan harian di sempadan negara...

Hasrat Tunjuk Baju Glamor...

WANITA ini, Alyssa, kononnya mahu menunjukkan wajah dan baju glamornya dalam swafoto yang...

Elfira Loy Kini Hamil...

KUALA LUMPUR ā€“ Pelakon, Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung...

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Hadir Ke SPRM Johor

JOHOR BAHRU – Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani hari ini hadir ke Kompleks Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini, dipercayai berkaitan siasatan kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Simi dipercayai berada di kompleks itu selama empat jam selepas tiba kira-kira 10.40 pagi.

Ketika dihubungi, Simi mengesahkan kehadirannya di kompleks berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Pada 24 Februari lepas, enam lelaki termasuk anak dan pegawai khas seorang exco kerajaan negeri Johor ditahan SPRM dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.

Kesemua mereka disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.


Semalam, SPRM menahan seorang kontraktor lelaki yang dipercayai suspek ketujuh kes tersebut.

Setakat semalam, SPRM telah merekodkan keterangan lebih 15 saksi bagi membantu siasatan kes itu. – BERNAMA

Kategori