Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Campuran UMNO-PAS Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada...

2 Kumpulan Umur Paling...

PUTRAJAYA - Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan dua kumpulan umur, iaitu antara 26...

Wujudkan Konsep ‘Satu Usahawan,...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan...

Pakai Jaket Dalam Kelas...

SUNGAI PETANI : Seorang murid lelaki berusia tujuh tahun cedera di badan, muka,...

Pengedar Dadah Ditahan, 38.42 Gram Dadah Dirampas

KAMPUNG GAJAH – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di daerah ini dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 38.42 gram di hadapan rumahnya di Jalan Tanjung Tualang, Kampung Mangsa Ribut, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Zainal Abdullah berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan kira-kira 11.15 pagi sebelum pemeriksaan di dalam beg sandangnya menemui beberapa peket plastik dipercayai mengandungi dadah.

“Kita menjumpai 13 peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 35.80 gram dan tiga peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 2.62 gram.

“Kita turut merampas alat penimbang elektronik, dua telefon bimbit dan satu dompet duit yang mengandungi wang tunai sebanyak RM150,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Zainal berkata siasatan awal juga mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dadah. – BERNAMA

Kategori