Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Vape: Peniaga Di Johor...

JOHOR BAHRU - Peniaga rokok elektronik atau vape di negeri ini akur dengan...

Lelaki Ditemukan Lemas Dipercayai...

TELUK INTAN - Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Batu 12 di sini...

Sebutan Kes ‘Raja Bomoh’...

IPOH : Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, membenarkan sebutan kes lelaki...

Kenapa Kerajaan Enggan Gantung...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan apa yang menghalang Kerajaan Malaysia...

Pengurus Ladang Didakwa Eksploitasi 15 Buruh Paksa

KUALA KANGSAR – Seorang pengurus ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 15 pertuduhan memperdagangkan 15 individu warga tempatan bagi maksud eksploitasi buruh paksa, bulan lalu.

Tertuduh, L. Ganis, 43, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memperdagangkan 15 individu berumur antara 13 dan 66 tahun bagi maksud eksploitasi buruh paksa dengan ancaman dan kekerasan. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita dan dua kanak-kanak.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Ladang Koperasi Kelapa Sawit Sdn Bhd, Kampung Tasek Pengkalan Hulu pada 12.10 tengah malam, 26 Feb lalu.

Pertuduhan ke atas Ganis dibuat mengikut Seksyen 12, 13 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Noorhidayah menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar selain melantik jurubahasa dan keputusan sama ada tertuduh dibenar dikat jamin atau sebaliknya.


Di mahkamah sama, lelaki itu juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mempunyai kaitan dengan kongsi gelap berdasarkan pada tatu lambang duit syiling bertindih (Wah Kee) bertulis nombor 04 di bahagian paha kanannya.

Mengikut pertuduhan, Ganis didapati mempunyai tatu itu yang berhubung kait dengan pertubuhan kongsi gelap Wah Kee di perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu pada 4.45 petang, 15 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1960 dan mahkamah menetapkan 18 April depan untuk serahan dokumen di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu. – BERNAMA

Kategori