Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wayang Kulit Perlu Diberi...

KUALA LUMPUR - Persembahan wayang kulit di negara ini boleh pupus jika tiada...

PKPB Di Seremban Bermula...

KUALA LUMPUR - Daerah Seremban, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)...

Omicron Lebih Mudah Menjangkiti...

Jangkitan varian Covid-19 baharu B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron, mungkin lebih mudah menular...

Jangan Banding Kes Doping...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail...

Penjawat Awam Malaysia Bertaraf Hamba?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa penjawat awam negara ini dilayan seperti hamba oleh kerajaan Malaysia walaupun mereka menerima skim gaji yang baik dengan pelbagai kemudahan serta inisiatif berbanding pekerja dalam sektor lain.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub menuduh penjawat awam dilayan seperti hamba hanya kerana mereka diseru supaya tidak menjadi lidah pembangkang menghasut rakyat menumbangkan kerajaan Malaysia.

“Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsah mengeluarkan kenyataan terhadap kakitangan awam supaya jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.

“Ini satu penghinaan yang tidak sepatutnya kepada penjawat awam. Jangan layan penjawat awam seperti hamba. Kakitangan awam berhak menyuarakan pandangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP. Turut bersama PAN menganggotai Pakatan Harapan adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Pakatan Harapan akan disertai sebuah lagi parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori