Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mahkamah: Gambar Jemput Buka...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu gambar dan kapsyen blogger kontroversi...

2 Wanita Pengsan Akibat...

SHAH ALAM - Dua wanita pengsan selepas terperangkap di dalam lif hampir setengah...

Peruntukan Bertambah, Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM157.8 juta kepada Sabah tahun ini, bagi kerja...

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat pada separuh kedua tahun ini...

Penumpang British Airways Mengadu Makanan Tak Cukup

SYARIKAT penerbangan British Airways menerima aduan para penumpang kerana tidak menyediakan makanan yang mencukupi di dalam penerbangan.

Portal berita Mail Online melaporkan syarikat udara Britain itu turut mendapat aduan mengenai kegagalan untuk membekalkan tisu tandas yang cukup.

Gelombang aduan pelanggan susulan kebanyakan mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan British Airways baru-baru ini yang mahu menghentikan pemberian makanan percuma bagi penerbangan jarak dekat.

Seorang penumpang yang menaiki penerbangan itu ke Fuerteventura, di Kepulauan Canary dari Gatwick, London minggu lalu memberitahu bahawa kru kabin kehabisan makanan semasa mengusung troli ke sebahagian tempat duduk dalam pesawat.

Tessa Evans Hurrell berkata, dia sekeluarga bukan sahaja terpaksa berdepan dengan penerbangan tertangguh selama dua jam, malah mereka hanya ditawarkan minuman dalam penerbangan empat jam itu.

Seorang lagi pengguna Twitter, Rebecca Clifford turut melalui pengalaman yang serupa dalam penerbangan lain dengan menulis: “Wahai kakitangan di Geneva, makanan tidak cukup dalam penerbangan malam.”

Dilaporkan, dalam penerbangan dari Innsbruck, Austria ke London pada minggu lalu, hanya terdapat baki tiga sandwich yang ditinggalkan untuk 110 penumpang.


Keputusan syarikat penerbangan itu untuk menghentikan pemberian makanan percuma bagi penerbangan kurang lima jam sejak Januari lalu dilihat kurang disenangi para penumpang.

Ia kini menawarkan makanan M&S yang agak mahal, termasuk tawaran sandwich berharga £7.55 (RM41).

Para penumpang membuat aduan bahawa tambang British Airways tidak menurun selari dengan keputusan menghentikan makanan percuma dalam pesawat. – Mail Online/mStar Online

Kategori