Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Rapid KL Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di stesen...

7.2 Juta Warga Jakarta...

JAKARTA - Sebanyak 7,218,254 warga Jakarta yang layak mengundi sekali lagi akan membuat...

Pemandu Lori Mengaku Tak...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori sebuah syarikat penghantaran ekspres mengaku tidak bersalah...

Pengedar Sembunyi Dadah Dalam...

LANGKAWI - Taktik pengedar cuba untuk menyembunyikan heroin di dalam mesin basuh gagal...

Penyanyi Yale Yale Meninggal Dunia Akibat Kanser

DUNIA hiburan minggu ini sekali lagi kehilangan sebutir bintang apabila penyanyi popular era 1990-an, M. Ishak dilaporkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.30 malam Khamis.

Allahyarham, 72, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Singapura akibat kanser paru-paru, lapor Harian Metro.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di republik tersebut selepas solat fardu Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan M. Ishak atau nama sebenarnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed dimasukkan ke wad Hospital Tan Tock Seng, Singapura pada 1 Februari lalu.

Menurut anak sulungnya, Mohd Nazaruddin, 43, berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit selepas pulang dari mengadakan persembahan di Kajang, Selangor pada 31 Disember lalu.

Difahamkan, keluarga juga baru mengetahui Allahyarham menghidap penyakit itu selepas dimasukan ke hospital.


Bapa tunggal kepada empat anak dan 13 cucu itu pernah menerbitkan dua album iaitu The Young Lovers (1967) dan Joget Si Hitam Manis (1970).

Antara lagu popularnya yang masih menjadi siulan ramai ialah lagu Yale Yale. – MYNEWSHUB.CC

Kategori