Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Sokong Tambah Baik,...

KUALA LUMPUR: UMNO menyokong sebarang usaha penambahbaikan dan pemerkasaan Perlembagaan susulan keputusan Mahkamah...

Terengganu Sedia Dana Pinjaman...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyediakan RM2.5 juta sebagai dana pinjaman untuk manfaat...

Hilang Kawalan, Treler Rempuh...

BENTONG : Tidak sampai 24 jam berlaku kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa...

Facebook Perkenal ‘Marketplace’ Di...

KUALA LUMPUR – Facebook hari ini memperkenalkan ‘Marketplace’ atau pasaran, di Malaysia, yang...

Perak Pertama Tempatkan SPRM Di Pejabat MB

IPOH – Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang menempatkan pegawai integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Menteri Besar sebagai antara usaha mencegah salah guna kuasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pegawai berkenaan ditempatkan di pejabat beliau sejak 2010 tanpa diketahui oleh banyak pihak.

“Sebelum ini kita tidak pernah maklumkan kepada media tapi hari ini kita rasa wajar untuk umumkan demi memastikan urusan kerajaan negeri berjalan baik selain menjaga hubungan baik dengan SPRM,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) anggota Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Perak merupakan negeri keenam yang menandatangani IBR selepas Sarawak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis.

Zambry berkata, dengan adanya pengawai SPRM di pejabat Menteri besar, ia dapat mengatasi pelbagai masalah khususnya yang membabitkan nama kerajaan negeri.


Mengenai IBR, beliau berkata ia dibuat bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri bebas daripada gejala rasuah termasuk yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memuji usaha kerajaan negeri Perak yang komited mahu memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar dan bebas gejala rasuah.

“Kita berharap kerjasama ini akan berterusan dan kerajaan negeri terus ikut undang-undang. Syabas dan tahniah,” katanya. – BERNAMA

Kategori