PEREMPUAN ini memang kejam. Dia sanggup membunuh kekasihnya, isteri dan turut melemaskan dua anak mereka.
Ruzanna Shvarts, 25, telah mengaku menikam hingga mati kekasihnya, Vladislav Saaya yang juga pakar ekonomi di Rusia serta isteri lelaki itu, Lilia. Masing-masing berusia 35 tahun.
Dia juga dituduh melemaskan dua anak mereka yang berusia empat dan enam tahun di dalam bilik mandi. Lebih kejam, dia kemudiannya membakar pangsapuri yang didiami keluarga berkenaan di Tuva, bagi menutup jenayah yang dilakukannya.
Nasib baik anak sulung mereka, Aiza, 12, tidak berada di rumah ketika kejadian.
Polis percaya adik perempuan Ruzanna juga terlibat. Pada hari kejadian Ruzanna dan adiknya itu mengunjungi kekasihnya dan mabuk. Tanpa disedari Lilia balik ke rumah bersama dengan anak-anaknya.
Ia menyebabkan berlaku pertengkaran dan tidak lama kemudian Ruzanna menikam Vladislav serta Lilia serta membunuh anak-anak mereka.
Kes itu mengejutkan ramai terutama anggota keluarganya kerana Vladislav adalah seorang yang dihormati dan berpendidikan tinggi.
Sementara Lilia pula adalah akauntan dan menjadi ketua di sebuah kedai. Memandangkan kejadian berlaku di bandar yang kecil, maka ia menjadi perbualan ramai. – MYNEWSHUB.CC