Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kabinet Setuju Keputusan Haramkan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal...

Wanita Berkeliaran Pakai Baju...

NAMPAK gayanya masyarakat di dunia ini semakin lama semakin hilang rasa malu untuk...

Gaji Pekerja Kontrak Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung kontraktor perkhidmatan bagi...

Kenyataan Khalid, Ismail Sabri...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa bekas Ketua Polis Negara...

Perginya Seniman Legenda Sezaman P.Ramlee

PEMERGIAN Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin lewat petang Rabu dalam usia 81 tahun ternyata amat mengejutkan pelbagai pihak khasnya peminat filem Melayu tempatan di negara ini.

Allahyarham merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta pernah dilantik sebagai senator Dewan Negara di Parlimen dan dikatakan antara pelakon yang hidup sezaman dengan legenda Tan Sri P. Ramlee.

Atas bimbingan P. Ramlee, Jins atau nama sebenarnya Mohamed Jins Shamsuddin yang lahir pada 5 November 1935 itu telah berjaya menjadi seorang pelakon tanah air yang terkenal pada tahun 1950-an hingga 1970-an.

Baca: Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Dilahirkan di Taiping, Perak, nama Jins kini terpahat sebagai antara legenda seni tempatan yang pernah gigih dalam menyumbangkan usaha dan tenaganya terhadap pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Ramai mungkin tidak tahu Jins pernah melanjutkan pengajian di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins telah melibatkan diri dalam 40 filem termasuk mendukung watak utama menerusi pementasan drama Mencari Kedamaian dan menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, Pancha Delima pada 1957.

Allahyarham juga pernah memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat diadakan oleh P. Ramlee.

Jins akhirnya terpilih apabila diterima sebagai pelakon tambahan. Daripada sekadar memegang watak sampingan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dalam arena seni lakonan langsung dari P. Ramlee.

Untuk rekod, P.Ramlee amat sukar menerima tawaran belakon daripada pengarah yang lain, tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins untuk berlakon di dalam filem Bukan Salah Ibu Mengandung pada 1969.

Perkahwinannya yang pertama bersama-sama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dan dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di republik tersebut.

Namun, jodoh mereka berdua tidak lama apabila kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing pada tahun 1963. Sedekad selepas itu, Jins berkahwin pula kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah.


Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. Beliau pernah menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pada 1999.

Pada 24 Mac 2010, Jins menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23. Pada Februari 2011 Jins telah disahkan mengalami Alzheimer.

Antara filem lakonan allahyarham ialah:

  • Siri `James Bond Malaya’, memegang watak Jefri Zain dalam filem Jurang Bahaya
  • Matahari – (1951) – (Pelakon Utama)
  • Kasih Sayang – (1957) – (Pelakon Pembantu)
  • Pancha Delima – (1957) – (Pelakon Utama) – Watak Suria Kencana
  • Azimat – (1958) – (Pelakon Pembantu)
  • Sarjan Hassan – (1958) – (Pelakon Utama) – Watak Aziz
  • Anak Pontianak – (1958) – (Pelakon Utama)
  • Dandan Setia – (1959) – (Pelakon Utama) – Watak Tengku Dandan Setia
  • Filem Samseng – (1959) – (Pelakon Utama)
  • Lela Manja – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Megat Komen
  • Putera Sangkar Maut – (1960) – (Pelakon Utama)
  • Megat Terawis – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Megat Sari
  • Pertarongan – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Tamir
  • Sumpah Wanita – (1960) – (Pelakon Utama)
  • Si Tanggang – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Tanggang
  • Indera Bangsawan – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Indera Bangsawan
  • Neracha – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Rahman
  • Lubalang Daik – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sinkip Anak Juragan Bagus
  • Batu Durhaka – (1962) – (Pelakon Utama)
  • Darah Muda – (1963) – (Pelakon Utama) – Watak Yazid
  • Budi dan Dosa – (1963) – (Pelakon Utama)
  • Bidasari – (1964) – (Pelakon Utama) – Watak Tengku Indera
  • Sayang Si Buta – (1965) – (Pelakon Utama)
  • Gerak Kilat – (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Jefri Zain
  • Kacha Permata (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Hamzah
  • Bayangan Ajal – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Jefri Zain
  • Kanchan Tirana – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Kanchan
  • Amok Tok Nading – (1968) – (Pelakon Utama)
  • Jurang Bahaya – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Jefri Zain
  • Miang-Miang Keladi – (1968) – (Pelakon)
  • Bukan Salah Ibu Mengandong – (1969) – (Pelakon Utama) – Watak Agu
  • Di Belakang Tabir – (1970) – (Pelakon Utama) – Watak Osman / Karim
  • Menanti Hari Esok – (1977) – (Pelakon Utama) – Watak Cikgu Talib / Jalil
  • Esok Masih Ada – (1980) – (Pelakon Utama) – Watak ASP Zamri
  • Tiada Esok Bagimu – (1980) – (Pelakon Utama) – Watak Ghailan
  • Bukit Kepong – (1981) – (Pelakon Utama) – Watak Sarjan Jamil Md. Shah
  • Esok Untuk Siapa – (1982) – (Pelakon Utama) – Watak Jiman
  • Ali Setan – (1985) – (Pelakon Pembantu) – Watak Tan Sri
  • Kroath – (1990) – (Artis Jemputan) – Watak Kumar’s
  • Memory – (1991) – (Pelakon Utama) – Watak Herman
  • Balada – (1993) – (Artis Jemputan)
  • Money No Enough – (1998) – (Artis Jemputan)
  • The Deadly Disiple – (2001) – (Artis Jemputan)
  • 1957 Hati Malaya – (2007) – (Pelakon Tambahan) – Watak Sultan Johor
  • Akhirat – (2008) – (Pelakon Pembantu) – Watak Dato’ Shamsudin
  • Miss You Like Crazy – (2010) – (Artis Jemputan) – Watak Datuk Mir
  • Bukit Kepong Versi Digital HD – (2015) – (Pelakon Utama) – Watak Sarjan Jamil Md Shah

Pada 1969, filem pertama arahannya “Bukan Salah Ibu Mengandong” telah menjulang namanya sebagai penulis lakon layar, pelakon dan pengarah, malah berjaya mengangkat kewibawaan Studio Merdeka, Hulu Kelang.

Kerjaya allahyarham sebagai sutradara:

  • 1970: Di Belakang Tabir
  • 1977: Menanti Hari Esok
  • 1979: Esok Masih Ada
  • 1979: Tiada Esok Bagimu
  • 1981: Bukit Kepong
  • 1982: Esok Untuk Siapa (pendigitalan semula)
  • 1985: Ali Setan
  • 1993: Balada

Siri filem “Esok” ini mendapat sambutan hebat di pawagam. Jins juga berbakat dalam penulisan lirik, salah sebuah lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya legenda yang didendangkan oleh Fazidah Joned iaitu Selamat Hari Raya.

Antara penghargaan yang pernah diterima allahyarham ialah:

  • Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009
  • Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands
  • Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem “Esok Masih Ada” lakonan dan arahannya memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum.
  • Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, “Bukit Kepong” (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya.
  • “Silver Crane Award” dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987).
  • Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri “Pesta Filem Asia Pasifik”.
  • Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem berjudul “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu.
  • Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990).
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990).
  • Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007) – MYEWSHUB.CC

Kategori