Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kereta Mewah Tidak Layak...

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta mewah tetap tidak akan menikmati subsidi petrol bersasar...

Pemilik Myspace, Tom Kini...

PERNAHKAH sesiapa tertanya-tanya ke manakah perginya rakan pertama pengguna laman sosial Myspace, Tom...

Hak Anda Ketika Sekatan...

KUALA LUMPUR - Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan...

Yakin Johor Jadi Kuasa...

BATU PAHAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan...

Perjanjian Petronas-Saudi Aramco Beri Isyarat Positif

KUALA LUMPUR – Perjanjian strategik bernilai US$7 bilion (US$1 = RM4.45) antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) memberi isyarat penting kepada pasaran bahawa iklim pelaburan jangka panjang Malaysia adalah kondusif.

Ketua Pakar Ekonomi International Quality Investments Holdings (IQI), Shan Saeed, berkata perjanjian itu memberi mesej positif kepada pelabur global mengenai kestabilan ekonomi dan kewangan Malaysia serta keyakinan yang kukuh terhadap kerajaan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan diplomasi yang luar biasa dan kepakaran dalam ekonomi dengan mendapatkan pelaburan kedua terbesar selepas China dalam masa kurang daripada lima bulan, yang membawa kerajaan kepada kedudukan yang kukuh.

“Pelaburan ini akan meningkatkan lembaran imbangan kerajaan dan membawa kestabilan kepada ringgit pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama.

Di bawah perjanjian itu, Saudi Aramco akan membeli 50 peratus ekuiti dalam aset perekah dan penapisan di bawah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas.

Ia juga akan membekal sehingga 70 peratus keperluan bekalan mentah kepada penapisan itu, dengan gas asli, tenaga dan kemudahan lain dibekalkan oleh Petronas.

Menurut laporan risikan pasaran global IQI, Shan berkata, Malaysia terus mendapat tumpuan daripada pelabur global.

“Ini berdasarkan keyakinan terhadap ekonomi, permintaan yang kukuh, tenaga kerja yang berpendidikan dan infrastruktur yang moden yang mempunyai hubungan langsung dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.


Beliau berkata kebanyakan pelabur global memilih Malaysia disebabkan kepentingan dari segi kedudukannya dengan Selat Melaka yang memainkan peranan penting.

“Kira-kira 80 peratus daripada perdagangan China melalui selat itu,” katanya.

Shan berkata KDNK Malaysia bagi 2017 akan berada antara 4.3 dan 4.7 peratus iaitu lebih tinggi berbanding kebanyakan negara-negara Eropah.

Malaysia, Vietnam dan Filipina akan menjadi ekonomi utama di rantau ASEAN untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang, katanya.

“ASEAN akan menjadi blok ekonomi yang paling cepat berkembang dengan pendapatan per kapita lebih tinggi dan taraf hidup yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Kategori