Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gunung Berapi Fuego Terus...

ESCUINTLA – Letupan gunung berapi Fuego kelmarin terus mengeluarkan lumpur dan debu dengan...

Tren MMMSL Diselenggara Sepanjang...

MAKKAH - Setiap set tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line...

Saya Sudah ‘Move On’...

PETALING JAYA - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menganggap segala isu yang membabitkan...

Selepas Batu Puteh, Tun...

JUAL... Selepas berjaya 'gadai' hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 30 Mei...

Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB

KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bersama para anggota exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri hari ini berikrar untuk memerangi gejala rasuah bagi memastikan matlamat menjadikan Perlis sebagai negeri maju pada 2030 tercapai.

Acara melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah itu berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zulkifli Ahmad.

Memberitahu media kemudiannya, Azlan berkata kerajaan negeri menyokong penuh setiap usaha SPRM untuk membersihkan Perlis daripada jenayah rasuah.

“Jenayah rasuah adalah penyebab kepada sesebuah kerajaan hilang integriti. Rakyat yang rasa dikhianati tidak akan menyokong kerajaan tersebut,” katanya.


Zulkifli pula berkata acara lafaz dan menandatangani ikrar itu menunjukkan kerajaan negeri Perlis komited serta bersungguh-sungguh terhadap usaha SPRM untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Kategori