Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jaga-Jaga! Ada Mata Perhati...

APABILA berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sudah tentu ada pemandu yang tidak bertanggungjawab akan...

Isu RM2.6 Bilion: Anina...

KUALA LUMPUR - Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin tidak mempunyai hak dari...

JKR Pantau Keadaan Jalan...

GUA MUSANG - Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang sentiasa memantau keadaan...

Polis Buka 12 Kertas...

NILAI - Sebanyak 12 kertas siasatan dibuka melibatkan golongan VVIP yang tidak mematuhi...

Persatuan Nelayan Kedah Jual Kembung Lebih 50% Murah

PENDANG – Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) hari ini menjual ikan kembung dan hasil laut lain lebih 50 peratus murah daripada harga pasaran menerusi ‘Program Ikan Rakyat Untuk Rakyat’ di Bazar Jenun, Bukit Jenun di sini hari ini.

Program anjuran Pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang bersama NEKAD itu membabitkan jualan pelbagai jenis ikan seperti kembung tenggiri, selayang, siakap, udang harimau, udang putih dan sotong.

Anggota Lembaga Pengarah NEKAD, Mohd Radzi Abdullah berkata ikan-ikan itu dibeli oleh persatuan daripada nelayan di pelantar nelayan Kuala Kedah yang baharu didaratkan awal pagi tadi.

“Kita jual lebih 50 peratus murah untuk membantu rakyat tanpa mementingkan keuntungan. Sebanyak 80 kilogram ikan kembung gred ‘A’ habis dijual tidak sampai dua jam daripada jumlah keseluruhan 500 kilogram jumlah hasil laut yang dijual hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jualan bermula 8.30 pagi hingga tengah hari itu mendapat sambutan menggalakan orang ramai yang bersesak-sesak datang membeli ikan.

“Ikan kembung di jual pada harga RM11 sekilogram berbanding RM22 sekilogram harga pasaran, ikan selayang RM10 berbanding RM12, ikan tenggiri RM30 berbanding RM35, udang besar RM55 berbanding RM65 sekilo dan sotong RM20 berbanding RM26 sekilogram,” kata Mohd Radzi.

Beliau berkata sayur seperti sawi, kobis, timun, cili besar dan cili kecil turut dijual murah pada program tersebut.

“Kita akan teruskan program ini jika diarahkan Pejabat ADUN pada setiap minggu sehinggalah harga ikan kembali pulih,” katanya.


Pembeli menyambut baik program jualan ikan murah itu.

“Saya beli banyak kembung untuk dibuat laksa kerana sebelum ini saya tidak mampu. Saya harap jualan murah ini diteruskan sampai bila-bila,” kata Maskinah Jalaluddin, 30.

Ibrahim Mat, 65, berkata program itu patut dicontohi pihak korporat dan orang perseorangan dalam membantu rakyat.

“Sebelum ini saya beli ikan tamban sahaja sebab ia murah dari ikan kembung. Tapi hari ini saya mampu beli kembung setelah sekian lama tidak makan kembung sebab harganya mahal,” katanya.

Sementara itu ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob berkata selain di Bazar Jenun, program yang sama turut diadakan di Pekan Kubur Panjang, Padang Pusing dan Felda Sungai Tiang. – BERNAMA

Kategori