Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dosh Kedah Saran IKS...

SUNGAI PETANI - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Kedah menyarankan lebih banyak...

Pandelela, Fitri Saari Terima...

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pemain hoki kebangsaan Mohammad...

Covid-19: Pusat Jagaan Warga...

KLUANG - Sebuah balai polis bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan...

Inkues Adib: Tiada Bukti...

SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini, tiada sebarang bukti...

‘Persona Non Grata’: Kang Chol Anggap Itu Melampau

SEPANG – Tindakan melampau. Itu yang disifatkan Duta Korea Utara, Kang Chol mengenai keputusan kerajaan Malaysia yang mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Persona Non Grata’.

Media tempatan melaporkan, Kang Chol yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menganggap tindakan itu boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara yang dibina sejak 40 tahun lalu.

“Saya memandang berat tindakan ekstrem yang diambil kerajaan Malaysia,” katanya.

Kang Chol bagaimanapun tetap dengan kenyataannya sebelum ini yang mengkritik dan membuat tuduhan tidak berasas berhubung proses siasatan negara ini terhadap kematian warga Korea Utara yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

“Itu adalah tindakan sewajarnya dilakukan saya sebagai Duta Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK), Korea Utara di negara ini (Malaysia).

“Ini kerana polis Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran DPRK dan menahan warga kami tanpa bukti kukuh,” katanya.


Selepas 48 jam diberikan masa meninggalkan Malaysia bermula Sabtu lalu, akhirnya Kang Chol tiba di KLIA pada 4.40 petang tadi bersama isteri dan seorang cucu perempuan.

Difahamkan, beliau dijadulkan berlepas hari ini dari KLIA ke Beijing, China dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH360 kira-kira jam 6.25 petang.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar dan keengganan beliau mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini berhubung siasatan polis terhadap pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.  – MYNEWSHUB.CC

Kategori