Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sawit: Malaysia Mahu Lawat...

KLANG: Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi (KPPK) merancang untuk mengadakan lawatan kerja ke...

JPP PKR Tentukan Nasib...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan menentukan nasib Rafizi Ramli...

KL2017: Tahniah! Emas Pertama...

KUALA LUMPUR - Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang...

Budak Jatuh Tingkat 16,...

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun menemui ajalnya setelah terjatuh dari balkoni sebuah rumah...

Pesawat Pejuang Korea Lintasi Ruang Udara KL

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak cemas jika melihat pesawat pejuang Black Eagles milik Tentera Udara Republik Korea melintasi ruang udara Kuala Lumpur pagi Rabu.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan terbang lintas yang terkawal bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2017.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya adalah merupakan satu terbang lintas yang terkawal.

“Justeru orang ramai juga boleh mengambil peluang menyaksikan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles yang membuat pertunjukan udara di LIMA 2017 baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

TUDM menjangkakan pesawat pejuang Tentera Udara Korea Selatan itu akan melintasi ruang udara Kuala Lumpur dan KLCC dari pukul 10.30 hingga 10.45 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori